Translate

Senin, 28 September 2015

Puasa Tiga Hari Setiap Bulan Hijriyah - Hikmah, Niat Puasa dan Keutamaan - KokoLinds.Com

Puasa Pada Hari Putih (tanggal 13,14 dan 15 bulan Hijeriah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerap berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, kadang-kadang tiga hari setiap bulan, khasnya hari-hari putih bulan Qamariah dan ada kalanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa sehari dan berbuka sehari, sepertimana puasa yang sering dilakukan oleh Nabi Allah Daud AS.
.
Hari-hari Putih adalah hari ke 13,14 dan 15 di dalam Taqwim Islam (Qamariah).  Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض (hari-hari putih) kerana pada ketiga-tiga malam tersebut bulan sedang mengambang penuh dan kelihatan cerah menyinari dan menerangi alam semesta.
Dianjurkan berpuasa tiga hari setiap bulannya, pada hari apa saja. Mu’adzah bertanya pada ‘Aisyah, “Apakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa tiga hari setiap bulannya?” ‘Aisyah menjawab, “Iya.” Mu’adzah lalu bertanya, “Pada hari apa beliau melakukan puasa tersebut?” ‘Aisyah menjawab, “Beliau tidak peduli pada hari apa beliau puasa (artinya semau beliau).” (HR. Tirmidzi no. 763 dan Ibnu Majah no. 1709. Shahih)
Namun, hari yang utama untuk berpuasa adalah pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah yang dikenal dengan ayyamul biid.  Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak bepergian maupun ketika bersafar.” (HR. An Nasai no. 2345. Hasan). Dari Abu Dzar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padanya, “Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2424. Hasan)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.” (Riwayat Imam at-Tirmizi)
.Puasa sunat tiga hari setiap pertengahan bulan Hijrah, menyamai puasa setahun sebagaimana hadis riwayat daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:“Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari, maka ganjarannya adalah puasa setahun.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
.Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan; “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.” (Riwayat Imam Abu Daud).
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh umatnya berpuasa pada hari-hari putih adalah kerana dapat memberi ketenangan pada minda, menjadikannya lebih stabil dan tenang, mengatur perilaku manusia dan membentuk akhlak yang mulia.
.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Di syurga ada ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar, untuk mereka yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat ketika orang lain tidur.”  (Hadis riwayat at-Tirmizi).

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Niat Puasa Hari-hari Putih  (tanggal 13,14 dan 15 setiap bulan Hijrah)

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

NAWAITU SAUMA AYYAMI BIDH SUNNATAN LILLAHI TA'ALA

“ Saya niat puasa pada hari-hari putih , sunnah karena Allah ta’ala.”

1 komentar:

Artikel Pavorit Blog

Renungan Kehidupan

Keinginan dan kemauan dapat menarik kesempatan,
tapi,....
Kekawatiran hanya akan memancing kegagalan hidup....

Mari Menebar sedekah,
Maka, Kita akan menuai kemakmuran Hidup dalam kebersamaan umat...

Tulis Kisahmu...
Hidup Terlalu singkat bila kita hanya melihat n mendengar kisah orang lain,
Gerakan tanganmu, mari kita ubah dunia kita....

Dunia Boleh Berputar,
Orang lain Boleh lebih pintar,
Tapi hati tak akan gentar menghadapi siapapun yang lebih Tangguh dan pintar...

Yakinlah, Kita Pasti Biza, pasti sanggup, dan kita harus Sukses dalam segala hal Dunia akhirat...
Salam Sukses, Luar Biaza,,,,